KOTA BHARU – Lima lelaki yang dipercayai pengedar dadah ditahan bersama pil kuda dan heroin bernilai hampir RM20,000 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada Jumaat dan semalam. Dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Tanjung Mas, di sini, pada pukul 12.30 tengah malam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pemeriksaan di ruang tamu…









