SUNGAI PETANI 1 Sept. – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu maut setelah motosikal ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta di Persiaran Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.15 petang semasa mangsa, Mohd. Yusri Ibrahim, 44, menunggang motosikal jenis Honda Wave. Katanya, mangsa dikatakan keluar dari satu persimpangan di situ dan disebabkan…










