BERPELUANG meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan pasti memberi kepuasan tidak terhingga bagi mereka yang gemar membantu. Apatah lagi apabila usaha tersebut menjadi pencetus kepada mana-mana individu atau pihak berkaitan untuk turut tampil menghulur simpati seterusnya mengeluarkan asnaf tersebut daripada lingkaran kemiskinan. Rasa puas itu mungkin lebih ketara bagi kalangan yang berada di barisan hadapan. Antaranya adalah mereka yang dilantik menjadi penolong amil kariah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pasukan tersebut menjadi…










