KEMAMAN 22 Sept. – Lebih 1,000 orang memeriahkan program Petranian Charity Run 4.0 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Petronas dekat sini semalam. Program tahunan anjuran Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu bertujuan mengumpul dana bagi tabung PIBG di samping mewujudkan kolaborasi antara PIBG, warga sekolah dan masyarakat setempat. Pengerusinya, Datuk Khaidir Khana Hamzah berkata, larian kali ini berjaya menarik penyertaan pelbagai peringkat yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan…










