VLADIVOSTOK 3 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual tiba esok di Rusia untuk lawatan tiga hari atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mat Dris Yaacob, berkata, lawatan itu akan meningkatkan hubungan diplomatik dan merangsang perdagangan dua hala kedua-dua negara. Perdana Menteri diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan…










