PUTRAJAYA 22 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan beberapa langkah penambahbaikan serta-merta dan strategi memperkemas sistem penyampaian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk memperketat prosedur pengendalian standard (SOP) sedia ada jabatan tersebut. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kementerian memandang serius kes penjualan MyKad kepada warga asing yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. “Mesyuarat Jawatankuasa Penambahbaikan JPN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Alwi Ibrahim pada 18…









