KUALA TERENGGANU 16 Sept. – Kuih tonyoh ubi kayu Kak Ani merupakan antara hidangan tradisi yang menjadi rebutan dalam Karnival Pantai Terengganu 2019 di Pantai Batu Buruk di sini. Pengusahanya, Rohani Mohamad, 59, dari Kampung Raja, Besut berkata, sambutan menggalakkan itu sekali gus membolehkan lebih 600 bungkus kuih berkenaan dijual dalam tempoh tiga hari acara itu berlangsung bermula Khamis lalu. Katanya, keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa menambah lagi bekalan ubi kayu bagi menampung permintaan pelanggan menjelang hari terakhir Karnival Pantai Terengganu hari ini. “Saya tidak sangka kuih ini jadi rebutan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya