CYBERJAYA 21 Sept.- Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Berhad (Koputra) telah bekerjasama dengan syarikat Bukit Merah Holdings Sdn. Bhd. bagi membangunkan pusat perkembangan kanak-kanak Ihana Garten. Pengerusi Koputra, Zaharuddin Alias berkata, inisiatif itu merupakan salah satu cabang perniagaan baharu pihaknya bagi mempelbagaikan lagi perniagaan demi menjadi salah satu koperasi terbaik di Malaysia. Beliau berkata, Ihana Garten menggunakan modul yang dibangunkan sendiri oleh Bukit Merah Holdings dengan berinspirasikan Korikulum Standard Pra-Sekolah…









