KUALA LUMPUR 20 Sept – Khazanah Nasional Bhd. akan menjual aset yang “tidak menguntungkan kepada kami” untuk mengumpul dana bagi membayar hutang negara, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, katanya tiada keputusan dibuat bagi Khazanah menjual seluruh asetnya. “Tidak, mereka hanya mengkaji sama ada mereka perlu (jual) atau tidak, bagaimanapun tiada keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di sini hari ini.…










