KUALA LUMPUR 3 Sept. – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyeru semua pihak agar berfikiran terbuka dengan menyokong semua produk sama ada keluaran peniaga Islam atau pun bukan. Beliau berkata, usaha memboikot produk keluaran bukan Islam itu hanya akan menghancurkan perpaduan dan boleh memecahbelahkan rakyat. “Kita sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kualiti produk tidak kira sama ada ia keluaran peniaga Islam mahupun bukan selain menitikberatkan soal harga supaya lebih kompetitif.…










