ATLET pelayaran negara, Khairulnizam Mohd. Afendy mengakui telah menerima arahan daripada badan induk sukan negara supaya mendapatkan suntikan vaksin mencegah virus polio sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum berangkat ke Sukan SEA 2019 di Filipina November depan. Menurut Olimpian negara tersebut, arahan itu disampaikan oleh jurulatihnya dan ia turut melibatkan semua atlet serta pegawai yang bakal berangkat ke sukan edisi ke-30 berkenaan. “Saya baru dapat maklumat daripada jurulatih bahawa kami semua perlu…









