KETIKA ramai warga kota menghabiskan masa hujung minggu di rumah disebabkan jerebu, lelaki berusia 32 tahun itu mengambil tindakan sebaliknya. Berbekalkan topeng, Sam Yap Kang memilih untuk berkunjung ke pekarangan Pasar Seni, Kuala Lumpur bersama ribuan pengunjung lain. Kehadirannya ke tempat tumpuan pelancong itu bukanlah untuk membeli produk kraf tangan, sebaliknya Yap Kang ingin meraikan Pesta Tanglung 2019. Pesta Tanglung 2019 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kompleks Pasar Seni…










