RAMAI berpendapat bahawa pergaduhan antara suami isteri adalah asam garam dalam rumah tangga. Begitu juga berkaitan masalah ekonomi dan anak yang dianggap sebagai sebahagian daripada dugaan dalam perkahwinan. Namun, terdapat sebahagian suami yang selesa dengan keadaan tersebut ekoran isterinya bekerja sehingga menyebabkan kelalaian menjalankan tanggungjawab. Malah, ada dalam kalangan mereka yang gagal membezakan keutamaan nafkah antara isteri, anak dan ibu sehingga menyebabkan pertelingkahan yang tiada kesudahan. Lebih perit, perkara itu…










