KUALA LUMPUR 27 Sept.– Kesetiaan pelanggan merupakan kunci kejayaan pengimport, pengedar dan penjual motosikal, Syarikat Motorcycle Sales Centre Sdn. Bhd. (MSC) dapat terus bertahan selama 46 tahun. Pengerusi MSC, Datuk Mazlan Harun percaya sokongan sedemikian diterima berikutan perkhidmatan dan harga berpatutan yang ditawarkan pihaknya kepada para pelanggan sejak dahulu lagi. Menurutnya, sokongan padu itu ditunjukkan meskipun dalam keadaan ekonomi merosot. “Biasanya mereka yang pernah beli daripada kami dahulu sampai sekarang…










