KUANTAN 29 Sept. – Pihak berkuasa perlu segera mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim setelah Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian anggota bomba itu berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul. Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, siasatan berhubung kes itu tidak sewajarnya ditangguhkan demi memberikan keadilan kepada Muhammad Adib. “Apa yang penting, PAKP meminta semua pihak menghormati…










