LONDON 20 Sept. – Jurgen Klopp menegaskan, dia tidak akan membuat perubahan ke atas barisan pertahanannya meskipun sekadar mencatat satu aksi tanpa bolos daripada lapan perlawanan musim ini. Juara Eropah itu berkelebihan lima mata sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas meraih lima kemenanangan berturut-turut, namun benteng pertahanannya bocor dalam empat perlawanan tersebut. Dan dua bolos di Naples pada pertengahan minggu ini bermakna mereka memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan langkah sumbang.…










