LONDON 12 Sept. – Gareth Southgate berkata pintu sentiasa terbuka untuk Jamie Vardy jika dia berhasrat untuk menyarung semula jersi skuad kebangsaan England. Sebelum ini, Vardy berbincang dengan bos England itu dan telah membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa selepas kempen Piala Dunia 2018. Bagaimanapun, Southgate mendedahkan dia boleh mempertimbangkan untuk kembali menerima Vardy jika penyerang Leicester itu bersedia membuat kepulangan bersama skuad Three Lions. Vardy menjaringkan tiga gol…










