KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kerajaan atau mana-mana pihak tidak sepatutnya bertanggapan bahawa kempen utamakan produk Muslim akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara. Ini kerana, menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, peniaga dan pengusaha beragama Islam juga akan menyumbang kepada ekonomi negara jika perniagaan mereka berkembang. “Kitaran perniagaan tetap akan berlaku biar pun pengguna mengutamakan produk Muslim. Peniaga dan pengeluar muslim kelak akan…










