ERAT HUBUNGAN. Seramai 18 pemain boling dari Fasa 2, Bandar Puncak Alam menyertai Majlis Grand Final Boling GengNgeteh Bowlers bertempat di Wangsa Bowl, Setia City Mall, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Pengerusi Kelab GengNgeteh Bowlers, Mohamad Hanifah Jamal berkata, beliau mengharapkan aktiviti seumpama itu dapat mengekalkan tradisi ramah mesra hubungan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan mereka. “Diharapkan kami dapat mengekalkan tradisi ramah mesra hubungan ukhwah dan silaturahim bersama pemain boling…










