SHAH ALAM – Polis Selangor bersedia terhadap permintaan inkues oleh ahli keluarga suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang dekat sini baru-baru ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, inkues itu disifatkan sebagai langkah terbaik dalam mencari kebenaran berhubung kejadian tersebut. “Kita bersedia dan mengalukan permintaan ahli keluarga yang ingin inkues dilakukan terhadap kes tersebut. “Kami juga mahu mencari kebenaran,…










