KUALA LUMPUR 22 Sept. – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menggesa sebuah akhbar berbahasa Cina membuat permohonan maaf kerana memaparkan gambar perkahwinan yang disunting antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gesaan itu disuarakan berikutan kebiadaban akhbar itu, melalui edisi cetakan pada 19 September lalu yang tidak sepatutnya dilakukan apabila menerbitkan artikel mengenai Piagam Muafakat Nasional UMNO-Pas.…










