KUALA LUMPUR – Penyanyi pop Indonesia, Judika bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi lelaki Indonesia pertama mengadakan konsert solo bersama Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) pada 19 dan 20 Oktober ini. Judika, 41, yang popular dengan lagu Aku Yang Tersakiti itu mengikut jejak langkah penyanyi legenda negara itu iaitu Ruth Sahanaya yang turut dijemput membuat konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) itu pada tahun lepas. “Ini satu sejarah peribadi…










