PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung dakwaan akaun Twitter milik Tengku Raja Alam Shah yang mendakwa seramai 200,000 penerima sijil kewarganegaraan baharu berikrar sedia membalas budi kerajaan. Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 11 pagi tari itu dilakukan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuat siasatan menyeluruh mengenai dakwaan itu berikutan maklumat dikemukakan adalah…










