JAKARTA 3 Sept. – Bandar Dumai diselubungi jerebu tebal pagi ini akibat kebakaran hutan dan tanah di Riau sehingga buat pertama kali pesawat gagal mendarat akibat gangguan itu. Detik News melaporkan, sebuah pesawat Wings Air dijadualkan mendarat pada pukul 10 pagi waktu tempatan. “Namun oleh kerana keadaan jerebu membataskan jarak penglihatan dan pesawat itu mengalami kelewatan,” kata Ketua Lapangan Terbang Pinang Kampai, Dumai, Irvan, hari ini. – AGENSI









