IPOH 22 Sept. – Sebanyak 12 penerbangan daripada 14 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan pada hari ini disebabkan jerebu. Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Air Asia, laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo, serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot. “Jarak penglihatan adalah…










