DEWAN Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menggesa hukuman berat dikenakan kepada pegawai-pegawai kerajaan berpangkat tinggi sekiranya terbukti bersalah berhubung kes kegiatan menjual MyKad kepada warga asing China di Pulau Pinang. Ia sebagai memberi pengajaran kepada semua bahawa isu MyKad bukannya remeh sekadar sekeping kad. Ia lambang kedaulatan negara dan keistimewaan kerakyatan warga Malaysia. Pemegang MyKad secara automatik adalah warganegara Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan adanya MyKad, seseorang itu layak untuk mengundi memilih pemimpin yang menerajui negara selain melayakkan seseorang itu mendapatkan bantuan-bantuan kerajaan. Oleh itu, penipuan MyKad ini adalah satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya