UMAT Islam dalam negara ini masih lagi memerlukan keprihatinan kerajaan untuk memiliki tempat kediaman yang mampu dimiliki. Perancangan perumahan yang mencecah berjuta ringgit tidak mampu dimiliki oleh majoriti umat Islam dalam negara. Perkara ini perlu disedari oleh pemimpin-pemimpin Islam. Sepatutnya kerajaan perlu menumpukan pembinaan projek perumahan mampu milik. Sikap terlalu terbuka sehingga sanggup menggalakkan bangsa asing dari luar negara memiliki hartanah yang mana perlu diperuntukkan kepada rakyat dalam negara adalah…









