JOHOR BAHRU 31 Ogos -Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menahan 12 pasangan termasuk 23 warga negara asing dan empat warga tempatan dalam Ops Ambang Merdeka dijalankan di hotel bajet sekitar bandar raya ini pagi tadi. Mereka yang ditahan JAIJ termasuk seorang janda beranak tiga dan teman lelakinya warganegara asing, mereka semuanya berusia lingkungan 20 hingga 40-an. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Halid Sono berkata, operasi sempena sambutan Hari Kebangsaan…










