KLANG – Walaupun pelbagai amaran telah diberikan pihak berkuasa sebelum ini namun tetap dipandang sepi geng basikal lajak. Ini terbukti apabila sekumpulan remaja menunggang basikal itu menuruni Jambatan Raja Muda Nala atau Jambatan Ketiga Klang di sini semalam. Aksi berbahaya mereka termasuk memotong rakan mereka terlalu hampir dengan sebuah lori berjaya dirakam pengguna jalan raya dalam video berdurasi 21 saat ketika menyusuri laluan jambatan sepanjang 2.5 kilometer itu hingga susur Telok Pulai. Rata-rata netizen mendakwa perbuatan mereka itu bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya