RUTIN harian budak lelaki berusia 12 tahun itu sama seperti rakan-rakan seusianya. Menjalani rutin ke sekolah seperti biasa pada sebelah pagi dan bermain jika ada waktu lapang, tidak membezakan Muhammad Danial Jazmi Alfian dengan rakan-rakannya. Selain menghadiri kelas di sekolah, murid yang menuntut di Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibnu Sina, Saujana Impian, Kajang itu juga aktif dengan aktiviti luar seperti melibatkan diri dengan kelas berenang, taekwondo dan pembelajaran kelas sains…










