SETIAP manusia sudah pasti akan mengalami kesusahan dalam hidup sama ada daripada segi kekurangan harta benda mahupun kesihatan tubuh badan. Malah, untuk keluar daripada kesusahan itu sendiri memakan masa yang lama dan kadang kala sebagai manusia biasa sudah pasti kita akan berasa putus asa. Walau bagaimanapun, tiada yang mustahil, malah dalam al-Quran sendiri telah mengatakan bahawa setiap kesusahan pasti akan didatangkan dengan kesenangan. Oleh itu, janganlah pernah putus asa apabila…