KOBE, Jepun, 29 Sept. – Ireland telah memanggil pemain Jordi Murphy untuk menyertai skuad Ragbi Piala Dunia 2019 di Jepun bagi menggantikan tonggak Jack Conan yang mengalami kecederaan patah kaki. Conan mengalami kecederaan itu ketika beraksi untuk pasukannya menentang Jepun yang menyaskikan Ireland tewas mengejut kepada tuan rumah 19-12. Dalam satu kenyataan daripada badan induk ragbi Ireland (IRFU) menyatakan bahawa Conan tidak boleh meneruskan kempen di Jepun kerana kecederaan dialami…










