KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan insiden kematian Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan. TDM menerusi kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat oleh lembaga siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan. “Ahli lembaga juga mendapati peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa latihan keupayaan tersebut berada dalam keadaan baik. “TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap…










