SAJIAN ikan bakar merupakan antara menu pilihan bagi kebanyakan masyarakat negara ini jika memilih untuk menjamu selera di luar bersama keluarga tercinta ataupun sahabat handai. Banyak restoran di luar sana yang menyajikan juadah ikan bakar istimewa dan salah satunya ialah restoran My Siakap yang terletak di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. SYEDMOHD. ABDUL HAFIDZ (kanan) menunjukkan hidangan yang disediakan di restorannya. Pemilik restoran My Siakap, Syed Mohd. Abdul Hafidz Syed…










