Persoalan ‘identiti’ sering mengundang polemik dan perbahasan bukan sahaja dalam konteks wacana dan naratif nasional, tetapi juga dalam ranah penelitian dan amalan sinema. Istilah ‘identiti’ boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza-beza. Malah, pengertian terhadap identiti sebagai satu korpus ilmu turut berubah mengikut anjakan yang berlaku dalam perkembangan epistemologi ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Dalam banyak hal, identiti sering berhubung dengan politik representasi yang melibatkan etnik atau kaum, agama, warisan…









