PARIS 2 Sept. – Penyerang Argentina, Mauro Icardi bakal mengorak langkah besar apabila semakin hampir menyertai Paris Saint-Germain (PSG) menerusi pinjam semusim. Dalam masa sama, pemain berusia 26 tahun itu juga bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Inter Milan bagi membolehkan perpindahan sementara ke Perancis dapat dilakukan pada hari terakhir pasaran dibuka. Inter dan PSG dikatakan mencapai perjanjian 70 juta euro (RM323 juta) termasuk opsyen untuk membeli pemain itu apabila kontraknya…










