PUTRAJAYA 29 Sept. – Meskipun jumlah hutang dan liabiliti kerajaan dikurangkan daripada 79.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 kepada 75.4 peratus pada 2018, hutang langsung bertambah daripada 50.1 peratus berbanding KDNK pada 2017 kepada 51.2 peratus pada 2018. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menolak amalan pembiayaan luar belanjawan bagi menyembunyikan hutang-hutang yang meragukan. Setelah PH mengambil alih tampuk pemerintahan…










