MELIHAT sekumpulan semut menghurung makanan dan melata di serata tempat, pastinya terdetik dalam hati kecil untuk membunuh serangga kecil tersebut. Namun, ramai kurang menyedari hakikatnya, semut tidak boleh dibunuh tanpa sebab yang memudaratkan. Ini kerana, serangga itu merupakan antara haiwan yang mendapat perhatian dan kedudukan istimewa dalam agama Islam. Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kisah Nabi Sulaiman dan semut merupakan kisah sahih dan dirakam oleh Allah SWT…










