KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan hujan hasil operasi pembenihan awan (OPA) kerana ia tidak menjejaskan kesihatan. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, MetMalaysia menggunakan kaedah pembenihan basah (wet seeding) melalui garam dengan kandungannya natrium klorida atau jenis garam masakan dilarutkan dalam air dan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). “Orang ramai tidak perlu bimbang hujan itu tidak menjejaskan kesihatan. Proses pembenihan basah…

 
								









