JAKARTA 3 Sept. – Kira-kira 400 penunggang Gojek mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, hari ini. Detik News melaporkan, protes itu diadakan bagi membantah kenyataan Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail yang menurut mereka menghina Indonesia dan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini. Mereka menuntut Shamsubahrin meminta maaf kepada rakyat Indonesia. “Kami tidak terima harga diri kami dipijak-pijak.Kami menuntut (beliau) meminta maaf secara langsung,setuju,” kata penyelaras…










