KUALA LUMPUR 2 Sept – Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak memainkan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dalam masyarakat majmuk di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang terhadap pihak yang cuba bertindak dalam sebarang cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Beberapa kes membabitkan isu-isu sensitif kini dalam siasatan…










