KUALA LUMPUR 23 Sept. – DHL Express, penyedia perkhidmatan pantas antarabangsa terkemuka dunia, akan menaikkan harga purata penghantaran sebanyak 4.9 peratus, berkuat kuasa 1 Januari 2020. Pengarah Urusan DHL Express bagi Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, pihaknya mempunyai matlamat untuk menyokong pada pelanggan dalam mencapai matlamat perniagaan mereka dengan menyesuaikan perkhidmatan kami dengan keperluan perniagaan mereka. Katanya, DHL Express membuat pelaburan besar dalam rangkaian antarabangsanya untuk memenuhi harapan tinggi…










