NEW YORK – Harga minyak dunia jatuh lebih 5 peratus kelmarin selepas berlaku peningkatan mendadak sehari sebelumnya akibat dua serangan dron ke atas loji penapisan minyak Arab Saudi yang menjejaskan 50 peratus pengeluarannya. Minyak mentah gred North Sea Brent untuk penghantaran November susut kepada AS$65 (RM272) daripada AS$67.75 (RM283). Harga pasaran turun serendah AS$64.24 (RM269) sebelum meningkat sedikit selepas itu. “Pasaran jatuh semula susulan berita dari Arab Saudi. Kali ini, harga minyak turun dengan jaminan pemulihan bekalan lebih pantas daripada jangkaan,” kata penganalisis Forex.com, Fawad Razaqzada. Peningkatan mendadak harga minyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya