KANGAR 30 Sept. – Penyatuan umat Islam khususnya membabitkan kerjasama Pas dan UMNO bukanlah bersifat perkauman, sebaliknya untuk mengembalikan kuasa pemerintahan negara kepada Islam. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hal demikian kerana hanya Islam sahaja boleh memimpin sesebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Kata Ahli Parlimen Marang itu, perkara ini terbukti di kawasan dan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan seluruh masyarakatnya sentiasa aman…










