KUALA LUMPUR 22 Sept. – Pihak yang berkenaan, terutamanya ibu bapa, perlu mengehadkan penggunaan peranti elektronik seperti tablet atau telefon pintar oleh anak mereka bagi mengelak penglihatan mereka daripada menjadi rosak, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata, sebuah penyelidikan global merumuskan bahawa kanak-kanak tidak boleh didedahkan kepada peranti elektronik seperti tablet, telefon pintar atau televisyen selama lebih dua jam seminggu…









