ARAU – Dua program pengajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang digugurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) adalah kerana kurangnya pelajar memohon bidang berkenaan. Dua program tersebut ialah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Fotonik dan Kejuruteraan Rangkaian Komputer. Naib Canselor UniMAP, Prof Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad berkata, dua program tersebut telah dibincangkan di dalam mesyuarat senat UniMAP dan telah diputuskan bersetuju untuk menjumudkan dua program pengajian itu.…










