SUNGAI SIPUT 22 Sept. – Sebanyak 500 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum menjayakan majlis gotong-royong memasak bubur asyura di pekarangan Masjid India Muslim Sungai Siput Utara di sini hari ini. Pengerusi penganjurnya, Jamaludeen Ali berkata, program julung-julung kali itu diadakan bagi menterjemahkan semangat perpaduan serta keamanan negara yang telah tersemai dalam kalangan rakyat Malaysia sejak lebih 60 tahun lalu. “Majlis ini menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum kerana ia turut dihadiri…










