Membaca kenyataan Presiden Gerakan yang menuduh Muafakat Nasional adalah muafakat Rasis, ini menunjukkan Gerakan tidak lain tidak bukan adalah Parti yang serumpun dengan DAP.

Di dalam ucapan-ucapan Pemimpin PAS dan UMNO, semuanya menjurus kepada Muaafakat Nasional yang tidak akan meninggalkan bangsa lain didalam arus sosial dan pembanggunan negara, gagasan ini tidak akan diskriminasi mana-mana kaum dan akan mengikut semangat Perlembagaan Negara.
Namun apa yang Presiden Gerakan , Dominic Low nyatakan adalah senada dengan DAP, parti yang benci dan iri hati apabila dapat menyatukan Umat Melayu di bawah satu bumbung.
Pelik, kita tidak pernah dengar Gerakan mengkritik DAP, apabila DAP terus menolak Perlembagaan dengan cara halus, apabila DAP menggunakan Bahasa Manderin dalam Surat Rasmi Kerajaan, Dominic diam, ada banyak kenyataan Pemimpin DAP yang rasis, namun Presiden Gerakan ini terus diam tanpa mengkritik. Adakah Gerakan hari ini SEKUTU DAP?
Di dalam negara majmuk, ia tidak boleh lari dari kelebihan kepada majoriti. Sebab itu dalam Perlembagaan ada sebut Perkataan ‘Melayu dan Bumiputera’, ‘keistimewaan Melayu’ dan ‘Raja-Raja’, ‘Bahasa Melayu’ dan banyak lagi berkaitan dengan kaum majoriti.
Sekiranya ia berpusat kepada Pemerintahan Melayu Bumiputera, ia juga melambangkan Perlembagaan itu sendiri.
Dominic perlu faham mendalam berkenaan dengan Semangat Perlembagaan dan jangan jadi seperti DAP yang mahu menukar Perlembagaan secara halus melalui Malaysian Malaysia.
Saya nasihatkan Dominic untuk terus buat satu lagi gagasan bersama DAP sekira sudah bertemu titik “Persamaan” dengan DAP yang menjurus kepada Anti kepada Melayu, Bumiputera dan Islam, biar terang lagi bersuluh!
Datuk Razlan Rafii adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO











