KUALA LUMPUR 2 Sept. – Parti Gerakan mengutuk tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melancarkan kempen memboikot produk keluaran bukan Islam menerusi media sosial dengan menganggap usaha itu tidak matang dan merosakkan perpaduan kaum. Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, hal itu tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat berbilang kaum. Katanya, apa-apa sahaja produk yang mempunyai sijil halal sama ada dijual oleh orang Islam atau bukan Islam, produk…










