KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda kawasan Seram, Indonesia pada pukul 8.40 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 36 kilometer (km) timur dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 43 km. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama










